Pages

Thursday, April 19, 2012

Mutiara Kata



Jangan mengharap orang menjadi sempurna
Kepada diri kita yang tak sempurna



Anak umpama sehelai kertas putih
Terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencoraknya

DARIMU SEGALANYA BERMULA.....

Dalam inginku, ada seribu yang kuingin
Yang tidak terucap, tersimpan bagai lahar di pergunungan
Sebuah kehidupan dari kelahiran yang menakjubkan
Cuba mengetuk, mengorak segumpal akal
Mengembara di dunia hati
Tercabarlah aku, kiranya akal yang ada ku biarkan
Kiranya dada terbuka hampa dan kosong
Aku manusia maha kerdil,peribadi sifatnya
Ingin ku milik insan nan KAMIL...

Guruku......
Kudatang kepadamu
Kosong tangan kosong dada
Cuma berbekal hati dengan seribu harapan
Tunjukkan aku pada  A... B ... C... Alif... Ba ... Ta.....
Benamkan aku di duniamu
Hamburkanlah kata-kata waja mu- kiranya itu satu pengajaran
Ketuklah jemariku – kiranya itu satu kebenaran.

Anak ku...
Telah bertahta pada janji yang padu
Bersumpah pada setianya mahkota guru
Kurniaan Ilahi maha tinggi
Membina segunung budi dari segenggam bakti

Datanglah ke sisiku
Kan kugenggam tanganmu
Kan ku hitung satu persatu
Bersama Qalam bersama tinta
Biar hati luas terbuka

Anakku ....
Demi sebuah ketulusan
Terimalah ilmuku,
Nanti... jangan mengisi kantung sendiri-sendiri
Ambillah semangatku
Nanti ...kau sematkan di dada generasiku
Kautlah ajaranku
Nanti.... kau taburkan pada kekuntum yang masih biru
Terima kasih
Kini ku terjun ke duniamu
Menelan lingkaran kehidupan
Mengenal warna dunia

Lekatkah budimu di kenangan mereka
Bila kejayaan meniti bibir
ATAU
Terhamburkah budi yang dulu
Bila harapan menyembah bumi?

Namun
Usah gusar
Ia maha tahu
Darimu segalanya bermula...
Kelahiran insan mulia
Sesungguhnya,              

SEBUTIR MUTIARA YANG KAU BERIKAN
KAN KU GENGGAM MENJADI SEGUNUNG INTAN........

Lagu 1 Malaysia



Seloka Guru


Seloka Guru-guru (Sempena Hari Guru)

Bersekolah rendah di Bota Kiri
Tinggi lampai handsome sekali
Bari saja bertugas di sini
Alangkah bertuah empunya diri
Dah jadi GB walaupun usianya masih muda lagi
Itulah dia cikgu Fazli yang kami hormati.

Orangnya warak tapi bergaya
Kebun dan kedai semuanya ada
Homestay ada kedai kek pun ada
Suka sedekah sekali sekala
Anaknya seorang itulah intan...itulah permata
Urusan sekolah banyak yang dijaga
Kalau tau cubalah teka? Siapakah gerangannya?

Bendangnya luas berekar-ekar
Pandai menyayi dan buat kelakar
Walaupun sibuk sempat belajar
Usahawan berjaya cita-cita dikejar
Anaknya empat beristeri satu
Kedai butiknya berkembang maju
Hal Ehwal murid tugas dipangku
Cuba teka siapakah itu?

Orangnya segak tegas sekali
Memang dah lama bertugas di sini
Bila berbicara bernas sekali
Semua data dihujung jari
Bijak berceloteh bila jadi MC
Itulah tugas yang paling diminati
Guru disiplin amat ditakuti
Siapakah dia empunya diri

Buat kelakar tak kering gusi
Memang asalnya orang nogori
4 anak semuanya lelaki
Hasil dari seorang isteri
Isterinya mengajar di Bota Kiri
Beli bendang di sana sini
Buat tabungan di kemudian hari
Siapakah dia empunya diri

Ibu kutu gelaran diberi
Setiap bulan dia lah bendahari
Seorang guru dialah suri
Sejak dulu posting di sini
Subjek agama pilihan dihati
Namanya seperti seorang seniwati
Siapakah itu empunya diri
Cubalah teka jikalau sudi

Lemah lembut gerak dan geri
Bila mengajar nyaring sekali
Tahun 1 murid menanti
Teacher mengajar setiap hari
Berkelulusan dari luar negeri
Berulang ke Ipoh setiap pagi
Kereta dipecut laju sekali
Pilihan hati orang nogori
Bila mengaji merdu sekali
Kini dah buka kelas mengaji
Untuk guru yang ada di sini
Siapakah dia empunya diri?

Kampung tengah tempat kelahiran
Masih singel dan belum berteman
Berbagai aksi telah digayakan
Hanya untuk sebagai hiburan
Kini terkenal di serata dunia
Beliau mengajar di tahun 3
Semua murid suka padanya
Siapakah itu cubalah teka?

Mudah tersenyum mudah ketawa
Hidupnya mewah semuanya ada
Anaknya tiga dah besar-besar belaka
Cucunya dua tak lepas dimata
Sudah berusia tapi sihat sentiasa
Kini mengajar di tahun lima
Murid akur tak angkat muka
Cubalah teka siapakah dia?

Nampaknya pendiam tetapi mesra
Bahasa teratur bila berbicara
Kelas pemulihan dia yang jaga
Dapat pujian pengarah kita
Dengar cerita dia nak pindah
Ikut suami ke negeri Kedah
Dapat manapun dia tak kisah
Bakti guru tetap akan dicurah.

Suka menyicah mempelam muda
Kelab guru dia yang jaga
Ibu muda empat anaknya
Bila diusik mulalah ketawa
Kereta dipandu laju sekali
Subjek matematik pilihan di hati
Suaranya kuat nyaring sekali
Siapakah gerangan si guru ini ?

Dulu Mengajar di negeri sembilan
Berbagai jawatan telah diserahkan
Termasuk juga setiausaha sukan
Itulah dia cikgu Mazlan

Ezora merah pilihan di hati
Baru bertukar ke sekolah ini
Agak pendiam....tapi diam-diam ubi.
Itulah dia cikgu Rosley.

Begitulah kisah guru-guru di sekolah ini
Harap hadirin berpuas hati
Salah dan silap harap dimaafi
Jangan disimpan di dalam hati.

HARI INI BUKAN BERNAMA SEMALAM


Hayun kaki ku terhenti tiba-tiba
Nafasku tersekat setibanya dikotamu
Hatiku tersentuh
Terpandang kilasan ikan dikali
Sudah tidak kukenal jantan betinannya
Dik kekeruhan rancangan raksaksamu

Aku tersentak
Bila terhidu bahang kehangatan
Dari suara lantang dimeja parlimen
Bergegar suara itu
Apakah rancangan hari ini
Ke arah mana....timur atau barat

Termenung aku di permatang sana
Semalam..... daerah ini ria tawanya
Rang muda ..... jua daranya
Kini tinggal tenaga usang Cuma
Menerung,pakurawan menyanyikan keriangan
Kali-kali tidak berkocak – sepi

Perantauku.....
Masih rindukah kau pada malinjamu
Masih sayangkah kau pada mahsurimu
Jika begitu pulanglah.......

Hari ini......
Rupanya lembut sekali bayu barat
Menyapa,membelai generasi rebungku
Menelan sajian barat,lahap sungguh !
Inang Zapin kian terasing
Langkah lembut kian layu
Bagaimana hatiku tak sayu..........

Bumi sudah pantas berlari
Maruah dan kuntuman budi kehilangan seri
Kepala pendita dipijak melata
Santunmu kian rebah menyembah bumi keramat
Dimanakah silapnya
Salahkah  pendita menutur kata

Atau

Salahkah ibu yang mengandung
Dan
Apakah Tamingsari yang dulunya di tangan Tuah
Kini terbenam di bumi bertuah.