Pages

Thursday, April 19, 2012

Program Peningkatan UPSR 2012


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CEMPAKA 36800 KG.GAJAH PERAK


KERTAS KERJA
        Program Peningkatan     
                     UPSR
2012



Disediakan oleh :

EN.NURUL HISHAM BIN SABARUDIN
Penyelaras Program UPSR
2012





Pendahuluan

            Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian murid-murid di kalangan pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam semua mata pelajaran  khususnya di dalam subjek teras.

            Perancangan program ini bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian  5A serta memaksimumkan prestasi kelulusan  dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6. Di samping kecemerlangan dalam akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan. Peningkatan ini juga diharap dapat mencemerlangkan pencapaian UPSR Tahun 2012 ini nanti.

            Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan  aset penting ke arah mencapai Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi modal insan yang sangat berguna kepada negara. Mereka nanti akan mampu membina negara yang maju berteknologi tinggi dan setanding dengan negara maju yang lain.

            Berlandaskan hakikat tersebut, seluruh warga sekolah dengan dibantu oleh PIBG serta seluruh warga sekolah telah merancang program utama, sampingan dan sokongan untuk mencapai aspirasi semua pihak.

Rasional

  • Penekanan dalam program ini memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya usaha , pengetahuan , kemahiran dan kerohanian demi kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

  • Memberi peluang seluas-luasnya peluang kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan secara langsung dan berterusan.

  • Secara keseluruhannya, program ini nanti dapat memberikan perhatian kepada perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.
Matlamat

  • Menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap pembelajaran masa kini.
  • Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain di samping semangat kerjasama dan toleransi.
  • Mengembangkan bakat, kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran asas yang dikuasai.
  • Memperkembangkan potensi murid ke tahap yang paling optimum supaya murid boleh mengenali diri dan dunia mereka serta bertindak dalam ruang yang sihat selaras proses pembangunan Negara.
Objektif
  • Meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti iaitu bilangan A ( 5 subjek teras) sebanyak 20% dan lulus ABC 84%.
  • Menerapkan budaya/teknik belajar yang sistematik dan berkesan.
  • Memupuk semangat belajar dan kerja berpasukan.
  • Menambah baik proses P & P dengan menggunakan pelbagai kaedah.
  • Membolehkan pelbagai bahan dan alatan digunakan dengan maksimum untuk menghasilkan P & P yang berkesan.
  • Membina kecemerlangan murid berlandaskan wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.
Jawatankuasa Program Kecemerlangan Tahun 6/2012 

Pengerusi:
En.Abdul Rahman bin Lodin (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1:
En.Iberahim bin Lop Ahmad
Naib Pengerusi 2:
En. Othman Bin Alias
Naib Pengerusi 3:
Pn.Zurina bt Ramli
Penyelaras:
En.Nurul Hisham bin Sabarudin
Setiausaha:
Pn Kamisah bt Jamil
Bendahari:
Pn. Norizah bt Johari
AJK:
Pn Kanmani a/p Rengasamy
En. Mohd Zuhaidi bin Mohd Yunus
Pn.Norizan bt Mat Zain
Pn. Hawariah bt Abd Aziz


Tenaga Pengajar Tahun  6/2012

Bil.
Subjek
Tenaga Pengajar
1.
Bahasa Melayu
En.Nurul Hisham bin Sabarudin
2.
Bahasa Inggeris
Pn Kamisah bt Jamil
3.
Matematik
En.Zuhaidi bin Mohd Yunus
4.
Sains
Pn. Zurina bt Ramli

Masalah yang dikenalpasti

1.      Masalah ketidakhadiran murid ke kelas tambahan kerana faktor ketiadaan    

Pengangkutan ke sekolah.

2        Kurangnya pemantauan ibubapa terhadap kerja rumah yang diberikan guru.

3        3 orang murid kurang menguasai sifir
2        Segelintir murid juga kurang menguasai kemahiran asas sains Akibat kurang membaca, ramai murid tidak dapat membina ayat yang betul dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Kekuatan yang dimiliki
1 Kerjasama rapat dari pihak pentadbir sekolah dan PIBG sentiasa memberikan dorongan dan nasihat  serta ransangan.
      2.Sokongan kuat daripada  YDP PIBG , AJK dan ahli-ahli PIBG yang sentiasa   
      memberikan sokongan .
3.Terdapat tenaga pengajar yang berpengalaman mengajar Tahun 6.
4.Semua tenaga pengajar  tinggal berdekatan dengan sekolah dan boleh memberikan komitmen  ketika kelas tambahan dijalankan.
Anggaran Perbelanjaan Projek Peningkatan & Kecemerlangan UPSR 2012
Bil
Aktiviti
Tarikh/Masa
Bajet
Catatan/ Jumlah kos

1.



Buku kerja dan Fotostat
(BM,BI,SC,M3)

25 orang murid

     UPSR 2012 






Waktu pembelajaran


4xRM 9.00x
25 org

RM 900.00




Akan
 dijalankan


RM 900.00





2.
Motivasi dan teknik menjawab soalan
UPSR 2012
* Mata pelajaran : BM,BI, MT , SN
* Tempoh masa   : 2 hari
* Tempat             :  (Belum ditetapkan)

1. 5 orang penceramah


2. Jamuan makan penceramah (5) , murid Thn6 (25), murid Thn5 (5) dan guru yang terlibat (10)


3. Bahan photostat untuk 40 orang
   Murid.








Bulan Julai
2012






5 x RM 150
= RM 750.00


40 x RM 20
=RM 800.00


40 x RM10
= RM 400.00


Akan dilaksana kan






RM 1950.00

4.

Kelas PREP

* Mata pelajaran : BM,BI,M3,SN
* Tarikh / masa   : 1.35 – 2.30 ptg
* Tempat            :  Kelas Th 6 / Bilik
                                 Sains SKSK
* Bil. Murid        :  26 orang (Thn 6)
* Bil. Guru          :  4 orang sahaja



Sepanjang tahun
Januari –
September
Purata:
16 hari sebulan
Selama 7 bulan

Makan / minum murid
27 x RM 1.00
=RM 27.00
  ( sehari )

RM27x16 x7 =RM 3024.00



Akan dilaksana   kan

RM3024.00

JUMLAH BESAR


RM5910.00

SUMB IBU BAPA RM 60.00X26 ORG

RM 1560.00


SUMBER YG DIPERLUKAN

RM 4350.00




Carta gant Program Peningkatan & Kecemerlangan UPSR 2012



Bil
PROGRAM



J
F
M
A
M
J
J
O
S
OK
1
Motivasi Keibubapaan
x



x





2
Motivasi murid





x




3
Kelas PREP

x
x
x
x
x
x
x
x

4
Peperiksaan


x

x

x
x
x

5
Bengkel & Teknik Menjawab Soalan






x



6
Tuisyen Elit & Gemilang






x
x
x

7
Program WAJA ( Sn & M3)
x
x
x
x
x
x
x
x
x

8
Kelas Bimbingan dan Pemulihan
x
x
x
x
x
x
x
x
x

9
Program Lonjakan (Gempur)





x
x
x
x

10
Pra Elit





x
x
x
x

11
Bimbingan MENTOR






x
x
x

10
PROTIM

x






x

12
Bacaan Yassin & Solat Hajat
x
x
x
x
x
x
x
x
x

13
Lawatan Sambil Belajar









x




























Disediakan oleh:                                                                                 Disahkan oleh:




…………………………………….                                 ………………………………………
(NURUL HISHAM BIN SABARUDIN)                (ABDUL RAHMAN BIN LODIN)  
Penyelaras                                                     Guru Besar,
Program Kecemerlangan UPSR,2012           Sek.Keb.Seri Cempaka 36800
Sek.Keb.Seri Cempaka 36800                        Kg.Gajah Perak.                                                            Kg.Gajah Perak.




1 comment:

  1. Assalam tuan... izinkan share mana yang patut ye untuk panduan ....terima kasih banyak2..

    ReplyDelete