Tarikh/Hari : 26 April 2012
Masa : 8.45-9.45
Kelas : 5 Bistari
Bil. Pelajar : 30 orang
M/Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Perkelahan di Tepi Pantai
Objektif : Pada akhir unit ini, murid dapat:
Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami,dilihat atau dibaca.
Menceritakan isi bahan yang dibaca serta menyatakan gambaran
umum tentang sesuatu teks yang dibaca serta menyatakan
gambaran umum tentangnya.
Kemahiran Berbahasa :
Mendengar dan bertutur
1.1 Aras 1 - Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.
Membaca.
5.1 Aras 1 - Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Menulis
3.2 Aras 2 - Menulis perkataan dan menggunakan istilah yang betul berdasarkan topik yang diberikan.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Permulaan/ Mencungkil Idea
5 minit
|
Murid mengalami pengalaman sendiri
|
Memberi kaitan tajuk dengan pengetahuan sedia ada
|
Beberapa orang murid menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pengalaman mereka
|
Strategi
Teknik
Penyoalan seluruh kelas.
|
Menstruktur / Semula
10 minit
|
Tempat-tempat yang menarik dan boleh dilawati, seperti pantai, gunung dan tanah tinggi
|
Guru bersoal jawab mengenai secara lisan tentang tempat-tempat menarik yang pernah dilawati
|
Murid menjawab soalan secara lisan tentang pengalaman mereka sewaktu melawati tempat-tempat yang menarik
|
Strategi
penyoalan
Untuk mencungkil maklumat.
|
Menstruktur / Semula
10 minit
|
Membaca senyap petikan yang btelah disediakan
|
Guru mengarahkan murid membaca secara senyap dan menentukan dan menulis maklumat penting yang terdapat dalam teks.
|
Murid membaca secara senyap dan menentukan dan menulis maklumat penting serta maksud perkataan
|
Strategi
penyoalan
secara lisan dan bertulis.
|
Menstruktur / Semula
20 minit
|
Guru membacakan teks perbualan yang diedarkan
|
Guru mengarahkan murid menyemak teks yang diberikan. Guru berbincang dan bersoaljawab mengenai isi-isi penting dan maksud perkataan yang terdapat dalam teks.
|
Strategi perbincangan
| |
Refleksi/ penutup
5 minit
|
Maklumat penting dan makna perkataan
|
Guru mengarahkan murid menulis isi penting dan makna perkataan yang telah dibincangkan.
|
Murid menulis 5 isi penting dan 5 makna perkataan yang terdapat dalam petikan.
|
Strategi perbincangan
|
No comments:
Post a Comment