Pages

Thursday, April 19, 2012

Menyiasat Alam Kehidupan




Rancangan pengajaran lengkap menggunakan pendekatan konstektual

Tahun
4 Bestari
Masa
30 Minit
Tema
Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran
Proses Hidup
Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid akan dapat

1. Berwaspada mengenai tabiat yang  menganggu proses hidup
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid akan dapat

1.    Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia.

2.    Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru


Pendekatan/ Kaedah
Konstektual/ Mengeksperimen dan Perbincangan
BBM
Kad Gambar, Botol mineral, Plastisin, Rokok, Pemetik api, Kapas, Petikan akhbar, Lembaran kerja,
Kemahiran Proses Sains
Memerhati, Berkomunikasi, Membuat kesimpulan
KBKK
Menjana idea, Membanding dan membezakan, Mengumpul, Mengelas, Mengikut urutan, Menganalisis.
Nilai murni
Minat dan sifat ingin tahu, bertanggungjawab keselamatana diri, rakan dan alam sekeliling, berkerjasama, sistematik, berfikir secara rasional, berfikiran kritikal dan analitis.


Aktiviti :


  

Fasa
(Masa)
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tabiat buruk manusia
Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia

Guru memilih 2 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen.

Guru bertanya soalan-soalan berkaitan
Contoh

Soalan 1:
Mengapakah murid itu dibuang sekolah?

Soalan 2:
Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya?


Soalan 3:
Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

KPS
-Memerhati
-Berkomunikasi

KBKK
-Menjana idea
-Membandingkan dan membezakan

Nilai Murni
-Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

BBM
Teks berita
Langkah 1
(5 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia
Jenis aktiviti Soal-Jawab
Peta minda
1. 2. Guru menceritakan terdapat berbagai sifat buruk manusia yang boleh menganggu proses hidup manusia seterusnya boleh mengakibatkan nyawa terancam.
Guru menyoal murid:

a)         Berdasarkan berita-berita yang             dibacakan adakah tabiat-tabiat             tersebut baik atau buruk.
Jawapan
            Ya buruk

b)         Bina Peta Minda

 
            Tabiat-tabiat buruk
           
Merokok
Minum arak
Mengambil dadah
    2. Guru meminta murid merujuk buku teks atau bagi melihat kesan kepada manusia akibat daripada perbuatan buruk seperti merokok, minum arak dan mengambil dadah.


KBKK
-mengumpul
-mengelas

KPS
-berkomunikasi
-pemerhatian


Nilai Murni
-berfikir secara rasional


BBM
Peta minda
Langkah 2
10 minit
Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru
















Jenis aktiviti : ‘hands-on’ aktiviti

Langkah-langkah
1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral.
2. Menutup tutup botol dengan plastisin
3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil.
4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan.
5. Nyalakan rokok tersebut.
6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas
7.Keluarkan plastisin dan rokok .
8. Buat pemerhatian terhadap kapas.

Dapatan
1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen.
(contoh catatan eksperimen di bawah)


KPS
-berkomunikasi

KBKK
-mengikut urutan
-menganalisis
-membanding dan membeza

Nilai Murni
-berkerjasama
-sistematik

BBM
-botol plastik
-kapas
-rokok



Langkah 3
(3 minit)
Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis Aktiviti : Soal Jawab

1. Guru mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan tabiat buruk manusia iaitu merokok.
            (a)Apakah perbezaan antara                  warna kapas sebelum menghisap rokok dengan selepas menghisap rokok?
           
Jawapan:
Sebelum :warna putih
Selepas : warna kekuningan

            (b) Apakah kesan daripada                       tabiat tersebut terhadap                       manusia?
 Jawapan:
Kanser paru-paru, gigi kuning, batuk
KPS
-pemerhatian
-berkomunikasi
-meramal

KBKK
-Membanding dan membeza
-menjana idea

Nilai Murni
-Berfikiran kritikal dan analitis


Langkah 4
(5 minit)
Kesimpulan
Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran

1.Guru mengedarkan lembaran kerja.
2.  Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan.

Jawapan :
Merokok membahayakan kesihatan
Merosakkan gigi
Bau nafas dan badan
Mencemarkan udara
Menjejaskan kesihatan orang sekeliling

3. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut.
            - Mengingatkan murid supaya                tidak mendekati rokok


KPS
-membuat inferens


KBKK
-menjana idea

Nilai Murni
-Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling
Langkah 5
(2 minit)
Refleksi
Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur

1. Guru meminta murid melukis kartun “Kempen anti merokok”


BBM
Marker pen

1 comment:

  1. Caesars Palace Casino & Resort - Mapyro
    Get directions, reviews and information 여주 출장안마 for 문경 출장마사지 Caesars Palace 화성 출장샵 Casino 거제 출장안마 & Resort in Escondido, CA. 광양 출장안마 845 Casino Parkway, Escondido, CA, 92082.

    ReplyDelete