Seloka Guru-guru (Sempena Hari Guru)
Bersekolah rendah di Bota Kiri
Tinggi lampai handsome sekali
Bari saja bertugas di sini
Alangkah bertuah empunya diri
Dah jadi GB walaupun usianya masih muda lagi
Itulah dia cikgu Fazli yang kami hormati.
Orangnya warak tapi bergaya
Kebun dan kedai semuanya ada
Homestay ada kedai kek pun ada
Suka sedekah sekali sekala
Anaknya seorang itulah intan...itulah permata
Urusan sekolah banyak yang dijaga
Kalau tau cubalah teka? Siapakah gerangannya?
Bendangnya luas berekar-ekar
Pandai menyayi dan buat kelakar
Walaupun sibuk sempat belajar
Usahawan berjaya cita-cita dikejar
Anaknya empat beristeri satu
Kedai butiknya berkembang maju
Hal Ehwal murid tugas dipangku
Cuba teka siapakah itu?
Orangnya segak tegas sekali
Memang dah lama bertugas di sini
Bila berbicara bernas sekali
Semua data dihujung jari
Bijak berceloteh bila jadi MC
Itulah tugas yang paling diminati
Guru disiplin amat ditakuti
Siapakah dia empunya diri
Buat kelakar tak kering gusi
Memang asalnya orang nogori
4 anak semuanya lelaki
Hasil dari seorang isteri
Isterinya mengajar di Bota Kiri
Beli bendang di sana sini
Buat tabungan di kemudian hari
Siapakah dia empunya diri
Ibu kutu gelaran diberi
Setiap bulan dia lah bendahari
Seorang guru dialah suri
Sejak dulu posting di sini
Subjek agama pilihan dihati
Namanya seperti seorang seniwati
Siapakah itu empunya diri
Cubalah teka jikalau sudi
Lemah lembut gerak dan geri
Bila mengajar nyaring sekali
Tahun 1 murid menanti
Teacher mengajar setiap hari
Berkelulusan dari luar negeri
Berulang ke Ipoh setiap pagi
Kereta dipecut laju sekali
Pilihan hati orang nogori
Bila mengaji merdu sekali
Kini dah buka kelas mengaji
Untuk guru yang ada di sini
Siapakah dia empunya diri?
Kampung tengah tempat kelahiran
Masih singel dan belum berteman
Berbagai aksi telah digayakan
Hanya untuk sebagai hiburan
Kini terkenal di serata dunia
Beliau mengajar di tahun 3
Semua murid suka padanya
Siapakah itu cubalah teka?
Mudah tersenyum mudah ketawa
Hidupnya mewah semuanya ada
Anaknya tiga dah besar-besar belaka
Cucunya dua tak lepas dimata
Sudah berusia tapi sihat sentiasa
Kini mengajar di tahun lima
Murid akur tak angkat muka
Cubalah teka siapakah dia?
Nampaknya pendiam tetapi mesra
Bahasa teratur bila berbicara
Kelas pemulihan dia yang jaga
Dapat pujian pengarah kita
Dengar cerita dia nak pindah
Ikut suami ke negeri Kedah
Dapat manapun dia tak kisah
Bakti guru tetap akan dicurah.
Suka menyicah mempelam muda
Kelab guru dia yang jaga
Ibu muda empat anaknya
Bila diusik mulalah ketawa
Kereta dipandu laju sekali
Subjek matematik pilihan di hati
Suaranya kuat nyaring sekali
Siapakah gerangan si guru ini ?
Dulu Mengajar di negeri sembilan
Berbagai jawatan telah diserahkan
Termasuk juga setiausaha sukan
Itulah dia cikgu Mazlan
Ezora merah pilihan di hati
Baru bertukar ke sekolah ini
Agak pendiam....tapi diam-diam ubi.
Itulah dia cikgu Rosley.
Begitulah kisah guru-guru di sekolah ini
Harap hadirin berpuas hati
Salah dan silap harap dimaafi
Jangan disimpan di dalam hati.
No comments:
Post a Comment